Thursday 17 March 2016

Persekolahan yang samar

Sejujurnya, aku masih belum pasti bagaimana hala tuju pendidikan persekolahan yang akan dia tuju.

Belum pasti bukan kerana isu tidak percaya tentang ketelusan mana-mana sistem persekolahan di Malaysia ini.

Cuma aku masih istikharah-- menadah tangan untuk Allah berikan  sebaik-baik petunjuk  tentang ilmu duniawi yang patut dia tuntuti.
Bukan untuk pandai sekadar di atas kertas, bukan untuk dibangga jika ditakdir berada di atas, bukan juga berilmu untuk menjadi insan yang membidas kebenaran & menegak kebatilan.

B.u.k.a.n.


Mahunya aku,
Agar dia menggali ilmu untuk merendah diri kepada empunya-nya yang Al-Khabir,  Al-'Alim, Al-Hakim itu.

Agar dia memiliki ilmu itu untuk di manfaatkan kepada manusia lainnya-- mengikat kuat tauhid la ila ha illa Allah di dadanya.

Seperti resmi padi, makin tunduk, makin berisi. Semakin di isi semakin berat untuk meninggi diri, semakin kecil jasad diri yang diciptakan Al-Muhyi.

Masih banyak yang aku perlu tuntuti & pelajari agar keputusanku kelak dalam redha yang aku cari.

Masih terkapai-kapai bayangan yang aku lakarkan di hati agar tidak tergelincir pada sesuatu yang aku akan kesali.

Tuhan,
aku masih menadah & menunduk mencari yang terbaik untuk zuriatku ini.

Gagahi imanku untuk menjadi mu'allimah yang istiqamah buatnya.
Biar tidak berjawatan & berkerjaya, apatah lagi bergaji tinggi untuk membeli keperluannya,
aku mohon agar dia mengerti pengorbanan ini untuk mengisi ruang memori bahagianya dia-- membesar dalam dakapan kitab suara bondanya yang kerdil ini.

#ummumayrhomeschooling
#umayrplayandlearn
#puisiuntukzuriat

Monday 7 March 2016

Dilema

Sentiasa wujud dilema dalam diri seorang AKU --yang terlalu banyak keinginan yang mahu digapai dan dicapai.

Hampir 3 tahun terlalu fokus kepada hal ehwal keluarga--tak pernah AKU lupa ligat mencatat, melarat-larat, melihat-lihat segala titipan impian kerjaya yang AKU mahukan.

Namun,
bila setiap yang AKU gagal capaikan itu berlaku, ia mengembalikan AKU pada ayat Tuhan tentang perihal husnudzon, tentang DIA yang lebih mengetahui buruk baiknya; al-baqarah 216.

Begitu juga AKU selalu ditampari dengan hadith qudsi (HR Bukhari no.6970 dan Muslim no.2675) seperti yang tertera dalam gambar ini.

Setiap kekecewaan
.
Setiap ketidaksabaran
.
Setiap tangisan dan keluhan
.
Akan sentiasa ada pujukan yang menyedarkan AKU bahawa Tuhan mahu AKU terus bercerita panjang dengan-NYA.
B e r t e r u s a n.

Jangan berhenti berharap
.
Jangan berhenti berdoa

To become a SAHM tak pernah ada dalam kamus hidup seorang AKU.
Dan mereka yang mengenali AKU di sekolah atau kampus dulu tahu betapa AKU ini mahu jadi apa dan kemana hala tuju yang AKU cenderong untuk miliki dan kehendaki
.
Tak dapat nak rasa ada kawan sekerja, tak ada ruang pejabat yang berhawa dingin, tak boleh keluar merata-rata, tak ada kawan nak sembang masa tengah stress giler, tak sempat nak ikut jadual kehidupan yang normal, tak menentu masa tidur, tak ada pertambahan duit di akaun simpanan, dalam wallet selalu ada duit nak beli barang dapur je.
.

Tapi AKU ini siapa untuk suka-suka meLAYAKkan diri AKU lebih dari keputusan yang Tuhan dah tulis untuk AKU? AKU adalah isteri dan ibu sepenuhnya buat keluarga ini  sekarang. Maka itulah yang AKU akurkan untuk AKU lebih yakin bahawa Allah sedang menjawab jutaan doa yang AKU pohonkan--bahawa ini adalah latihan untuk kerjaya/cita-cita yang AKU akan capai setelah kedua anak ini dewasa kelak, bi iznillah
.
Yang AKU sangat syukuri-- punya suami yang amat memahami, yang amat bijak mengurus rezeki
.
Biar dipersoal sedalam-dalamnya oleh orang sekeliling bagaimana dia mengurus hal ehwal kewangan keluarga dengan bergantung HANYA pada jumlah gaji N41 sahaja, AKU teramat kagum bagaimana dia berjaya mengawal itu semua tanpa berkurang sedikitpun nafkah dia kepada AKU dan anak-anaknya
.

Pucuk pangkalnya ialah Qana'ah(sentiasa rasa cukup). Bagaimana AKU dan suami terapkan sejak awal perkahwinan dulu agar belajar menerima seadanya apa sahaja jenis rezeki yang Tuhan bagi. Rasa rezeki berkurang, lipat gandakan lagi dengan MEMBERI-- maka biarkan Allah yang menyelasaikan urusan selebihnya
.
Lalu apa lah yang AKU mahu keluhkan sangat tentang menjadi SAHM yang tidak berpendapatan tetap dan kebanyakan masanya di habiskan di rumah sahaja ..kan?
.
Satu hal lagi tentang si suami itu, dia selalu berkongsi telinga saat AKU rasa terlalu buntu untuk harungi cabaran sebagai seorang ibu. Selalu berlapang dada saat AKU meluah rasa bosan dengan rutin harian yang berulang-ulang dan tak berkesudahan
.
Lalu apalah yang AKU tidak sabarkan sangat untuk menunggu hari-hari kemudian itu (jika diizinkan Tuhan) hadir nanti?
.
Si suami selalu berkongsi cerita tentang pengalaman-pengalaman insan-insan yang berkongsi cerita dengannya tentang hal ehwal pengorbanan mereka dan pasangan dalam mencari rezeki & kerjaya. Antaranya pengalaman menjadi SAHM sehingga 6-7 tahun lalu sambung belajar & sekarang seorang pensyarah yang berjaya.
Ada yang pernah jadi house-husband sebab tak nak biarkan masa kecil anak-anak diisikan dengan pengalaman ditinggalkan
.
Begitu juga AKU yang selalu dihiburkan dengan blog-blog SAHM yang so supportive & creative
.
Maka apalah yang hendak AkU keluhkan berkenaan ujian menjadi SAHM ini. Akan tamat tempohnya. Akan rindu untuk kembali kepada saat-saat ini
.
See--Allah pasti akan kembalikan AKU kepada al-baqarah ayat 216 itu
.
Kita semua bahagia dengan cara tersendiri. Tak perlu sibuk nak bandingkan yang mana lebih membahagiakan, Tuhan telah tetapkan. Akan ada yang bahagia dengan berkerjaya di bangunan mewah, di ruang pejabat kecil, di sekolah, di universiti, di bawah panas mentari--dan AKU ini bangga untuk berkerjaya sebagai seorang suri kepada suami & ibu kepada 2 little munchkins (setakat ini)
.
Kata Tuhan yang alMujeeb wal qoreeb;
Syukur maka Aku tambahi,
Memberi maka Aku gandakan lagi,
Qana'ah maka kau akan rasa nikmat bersyukur dengan memberi.

Friday 15 January 2016

#exchangegift


Aktiviti #exchangegift ni tak perlu keluar duit beli barang baru2. Kebanyakan kita ni, mempunyai banyak sekali barang yang kadang diguna sekali dua, atau kadang meski dah diguna banyak kali tapi masih elok kondisinya. Bungkus molek-molek, buat sebagai hadiah bila jumpa kekawan, atau, boleh simpan dalam bonet kereta untuk beri kepada homeless/the needy/refugees yang kita jumpa di mana-mana (lagi2 di kawasan bandaraya Kuala Lumpur yang maju jaya tu).
Atau—
Kalau pergi ziarah sesiapa di hospital, pergi ke wad2 kelas ke-3, atau wad2 pediatrik. Atau, cukup sekadar di persekitaran ruang menunggu di hospital tu. Wallahi, mereka bersedia menerima kegembiraan mendapat hadiah atau sebarang huluran ringgit tanpa berkira berapa jumlahnya. Is there anything that these people could give you as an exchange?... 
YES! The HAPPINESS to our heart guys!
The heart wrenching moment that you would never experience in our normal life. You will be hurt looking at their happy faces but at the same time you will feel very happy seeing them appreciates what you have give them although you know that there are not much materials in the gift bag/box. . .
'Exchange gift' ni aktiviti yang sangat sarat dengan kasih sayang.
Kerana
.
dengan memberi, ia mendatangkan kebahagiaan
.
dengan menerima, ia membenihkan kesyukuran
.
Nak terap balik husnudzon dalam hidup bermasyarakat, kita kena didik semula sifat memberi tanpa syarat dari sekecil-kecil anak yang masih bertateh hingga sebesar-besar orang dewasa yang masih diizin hidup untuk memberatkan timbangan amalan bahu kanan.
Memberilah.

Dengannya kau temui keajaiban tentang definisi bahagia yang abadi.
Sahabat yang tak pernah lenyap dalam titipan doa.
Dari seorang senior di mahallah, kepada seorang roomate, kepada seorang teman yang sama-sama kongsi upside down kehidupan, kepada seorang sahabat yang terawal melangkah ke alam perkahwinan.

Dia--
mengajar aku bagaimana untuk menyantuni ujian dengan kesabaran yang tertinggi 

Memukau aku tentang bagaimana tingginya harga kebergantungan pada Tuhan yang Maha Memakbulkan segala permintaan itu

meskipun mustahil yang di luah dari mulut, 
meskipun mustahil yang di lihat dari mata seorang makhluk.

Harapan dan keyakinan itu membuahkan kemanisan iman bersalut ketaqwaan.

LIMA tahun penantian-- Catatan Tuhan pada buku di luh almahfuz itu menetapkan 15 November 2015 untuk mereka bertentang mata buat pertama kalinya.

Ahsan Muayyad,

Moga menjadi penyejuk mata yang soleh buat ayahanda bondamu yang hebat itu . ♡ @mysarahim


heartfelt du'aa from parent to their children

Oh Allah, guide our children in honouring and obeying YOU,
Your Rasul (peace be upon him), and us as parents (when we are commanding that which is pleasing to YOU). Make them the coolness of our eyes.

Oh Allah, fill our children with compassion and caring that will overflow to each member of our family.
Oh Allah, grant them piety.
Oh Allah, help them love, value, appreciate, and respect one another with good communication between them always.


Mengalah


Am still learning--

to be justice for myself and people around me.

Being a mother of TWO now,

aku harus pupuk banyak sifat mengalah,


Mengalah pada masa tidur yang takcukup.

Mengalah pada anak sulong yang manja tak bertempat dengan ahli keluarga terdekat.

Mengalah pada setiap idea yang meluap-luap untuk di kosa kata kan.

Mengalah pada nafsu untuk berseorangan mencari buah fikiran.

Mengalah pada masa yang tidak pernah bertepatan.


Kerana,

Mengalah yang aku laksanakan,
demi lillah yang akan memberi balasan di pengakhiran kehidupan.


Mengalah yang aku korbankan,
demi amanah yang akan mencambahkan mawaddah dan sa'eedah di masa hadapan.

Semoga diperjauhkan menjadi ahlul fitan.
bersendirian berhempas pulas, hadap susah senang itu,
lebih menenangkan iman.




Monday 7 September 2015

MINTA



Doa adalah kunci nawaitu
Nak selalu Tuhan seru
Doa jangan kau lemahkan
Doa adalah peti emas
Tersimpan di dalamnya nilai cinta Tuhan tanpa tara
Maka saat kau ditimpa celaka
Musibah yang bertimpa-timpa
Gelisah tak tentu hara
Jangan kau gaduhkan soalan kenapa dan mengapa

Kembalilah berdoa