Thursday 3 September 2015

JATUH



Jatuh
Biar dia belajar ada tanah untuk dia tunduk dan rebah
Biar dia kenal rasa landai dan rendah
Kerana di situ dia perlu menjiwai kerdilnya dia sebagai Abdullah
Jatuh
Moga dia faham bukan selamanya dia harus begitu
Berani untuk bangun kembali kepada asal nawaitu
Mencapai impian yang bukan satu
Tapi beribu
Moga dia faham dan terima doa kecil si ibu




No comments:

Post a Comment