Monday 7 September 2015

MINTA



Doa adalah kunci nawaitu
Nak selalu Tuhan seru
Doa jangan kau lemahkan
Doa adalah peti emas
Tersimpan di dalamnya nilai cinta Tuhan tanpa tara
Maka saat kau ditimpa celaka
Musibah yang bertimpa-timpa
Gelisah tak tentu hara
Jangan kau gaduhkan soalan kenapa dan mengapa

Kembalilah berdoa


I AM A JOBLESS MOM

Mereka ingin tahu,

"BAGAIMANA-- dengan pengalaman 'jobless' saya sejak anak saya berusia 8 bulan (2013), saya boleh sembang positif/kongsi banyak perkara tentang pelbagai pengalaman kehidupan dan tidak putus idea untuk faham situasi dunia pekerjaan yang mereka alami hari ini."


Mereka bertanya & terus bertanya-- kenapa saya tidak melatah dengan orang-orang yang 'condemn' saya kerana memilih untuk tidak berkerjaya/tidak bekerja, yang hanya duduk di rumah, buat kerja rumah, jaga anak, jaga suami & serta apa-apa sahaja rutin-rutin lain yang di DOGMA kan tentang kehidupan sebagai seorang surirumah tangga sepenuh masa-- dan, mereka tidak akan berhenti bertanya. 

Lama saya simpan sedikit titipan kecil ini untuk mereka yang terlalu prihatin tentang kehidupan seorang yang bernama SAFA. Moga dibaca dengan penuh kesabaran & kefahaman. Catatan ini mungkin meliputi sebahagian jawapan bagi persoalan BAGAIMANA itu.


Hakikatnya, saya melalui zaman penat lelah bekerja ketika majoriti teman seusia masih mampu ditanggung keluarga untuk makan pakai segala, 
Ketika majoriti kita-kita sibuk mengulangkaji segala ceritera buku teks sekolah- usaha murni untuk rebut takhta nombor terbaik dalam peperiksaan tahunan tingkatan, --saya sibuk menyumbang tenaga menjadi buruh di merata-rata tempat tanpa ada masa nak 'enjoy' zaman bergelar remaja.


Seawal 14 tahun, saya dah belajar bawa kereta kebanggaan negara, Proton Saga 3rd batch warna putih manual yang abah beli 2nd hand di Ipoh;ACB 8879 platnya. Dengan kereta putih itulah, saya bantu abah & mak buka gerai nasi campur di Bukit Langat & di Kajang sejurus selepas sesi persekolahan (sekolah cantik nun di Bukit Indah dulu semua tingkatan sesi pagi, jadi, petang adalah sangat free kalau takde latihan kawad KRS)-- masa ulang alik meniaga tu, dah belajar masak secara tak langsung & suka tiru mak main campak-campak dalam kuali apa yang ada asalkan jaga garam gula.


Pengalaman awal inilah yang expose saya kepada dunia masakan dan sudah tentu sekali dunia bawa kereta secara 'illegal' dengan beraninya. Alhamdulillah dengan pengalaman memandu secara haram tu, received my driving licence with flying colours semasa berumur 17 tahun sebulan tahun 2005.


Habis PMR, cuti sekolah lama masa tu. Jadi pergi kerja dekat Mc'D Hentian Putra (dikenali sebagai The Mall) dekat PWTC tu sebulan dengan seorang best friend ni sebab mak abah rehat sekejap dari berniaga. Gaji sebulan Mc'D tu lepaslah belanja baju sekolah adik-adik untuk sesi tahun baru. Bosan dengan Mc'D (sebab asyik kena cuci dapur & goreng kentang je), tukar pergi Pizza Hut, Belajar canai-canai, lempar-lempar, main topping pizza, lepas 3 bulan, jemu-- kerja kedai roti, kerja kedai cenderamata, kerja kedai kacamata...

Semua tu pengalaman seterusnya masa usia yang tak matang sangat. Masa usia yang tak patut pun nak rasa penat lelah bekerja. Tapi Allah izinkan saya alaminya dan ia banyak mematangkan minda seorang anak sulung seperti saya yang mahu membantu membaik pulih ekonomi keluarganya.

Melalui pengalaman-pengalaman inilah saya belajar menjadi seorang yang berfikiran terbuka, suka dikritik, belajar terima arahan, belajar 'represent' diri secara formal/informal, belajar untuk jadi kreatif, belajar jadi multi-tasking dan sebagainya.


Habis kertas terakhir SPM, selang 2 hari dapat kerja jadi cikgu Bahasa Melayu di sebuah tadika islam di bawah rumah (dulu duduk rumah flat). Masa tu dah di 'expose' tentang dunia awal pekembangan kanak-kanak. s e r o n o k. sebab segalanya suka hati. Tak ada modul tertentu, tak ada specific instructions. ikut je mood budak-budak tu nak belajar apa. Memang tiada langsung penekanan kepada 'classroom' environment. Tasmi' surah dekat playground, belajar ABC dekat tangga sambil lompat-lompat. Ha Ha.  (pengarah tadika tu orang kuat Tabung Haji sekarang. Tadika tu pun dah tak wujud dah lepas tukar generasi pengarah baru).

Lepas dapat result SPM, apply lah UPU. Tandakan kotak UIAM sahaja, jurusan Sains Kemanusiaan. Universiti lain takde dalam rohani-- sebab masa umur 10 tahun macamtu, selalu ikut abah pergi UIA Gombak, tengok abah buat landskap kat sekitar bangunan KAED. Jatuh cinta betul dengan keBIRUan & keHIJAUan UIA. Abah pun memang selalu seru nama UIA tu setiap kali lepas tamat sesi baca kitab 'Safinatunnajah' warna kuning lusuh setiap lepas maghrib kat ruang tamu rumah dulu.
Mantera abah setiap hari lepas dengar hafazan kitab, "SAFA-masuk UIA, UIA-abah nak SAFA belajar sana, SAFA-masuklah UIA tu'. 


Lambat lagi nak tahu boleh ke tak masuk UIA tu, jadi kena cari siap-siap duit yuran, duit pakaian, keperluan asas segala. Saya diterima sebagai 'waiter' di Manhattan Fish Market (MFM) Ampang Park. Masyuk sangat kerja ni. Dari bab pengalaman sembang dengan pelancong pakai bahasa inggeris hancur berderai, bab jadi bartender, bab urus diri lari-lari curi masa rehat untuk pergi solat, bab kerja OT, bab kerja masa 'public holiday' dapat gaji yg sangat masyuuuk, Sampai bab hemmmm lagho segala. Dapatlah rasa semua tu sebelum ditarbiyah dalam dunia UIA yg penuh kerenjatan budaya ketika saya melangkah ke sana.


Saya guna pakai segala pengalaman di MFM ni sebagai salah satu cara untuk mematangkan diri lebih awal dari usia yang sepatutnya. Semuanya untuk saya bersedia menghadapi pelbagai cabaran baru ketika melangkah ke alam siswazah yang akan lebih banyak masa untuk berlelah.


Cuti semester masa di Matrikulasi UIA PJ, kerja kat Bookstore Popular sekejap, Lepas tu dah aktif join aktiviti 'co-cu'. Babai dunia kerja part-time yang disukai. Second year di main campus UIAM Gombak, keadaan ekonomi keluarga makin mendesak. Saya kembali merayau cari kerja. Syukur, kalini tak perlu kos tambang kenderaan awam. Rezeki saya dapat kerja part-time dekat ofis Mahallah Safiyah. Belajar buat 'filing', urus aset mahallah, periksa ratusan bilik dari blok PG ke blok J, 'Join' kelab lepak dengan international students sebab asal cuti semester je status mesti LIDV macam diorang. Tak balik rumah pun. Adik-adik dah besar, Bilik rumah flat tu ada 2 je. Kaklong ni beralah untuk bagi diorang selesa nak tidur. Cukup bulan, pinjam kereta sesiapa 30 minit (Gombak -Ampang) balik ziarah hanta duit kat mak abah & teruskan dengan kehidupan belajar sambil bekerja. Sangat merindui zaman itu. S u n g g u h

Paling seronok masa kerja di Mahallah dulu, orang-orang atasan kenal kita dengan rapat, Dari principle sampai hostel manager, Apa-apa peluang untuk cari duit extra mereka akan offer kat kita dulu (bukan buat MLM ye). Contohnya, jaga booth exhibition kat luar, jadi editor kertas kerja, jadi promoter untuk konvensyen, jadi guru tuisyen anak-anak pensyarah atau 'fellow' in campus & etc. Ada je rezekinya. Nota pengalaman pun berjilid-jilid jadinya. May Allah reward these people accordingly. Saya sangat terhutang budi, ilmu dan pengalaman dengan mereka.


Selain kerja dengan mahallah, dapat peluang untuk perbaiki jatidiri. Diberi kepercayaan oleh pihak CCAC untuk menjadi seorang naqibah(ketua usrah/study circle). Bukanlah boleh diklasifikasikan dalam kategori kerja sangat pun. Tapi senarai perkara yang harus dilaksanakan memang tahap professional sampai wajib pergi training khas. Kerja naqibah ni kena ada 'soul seorang Da'ie. Tidak 'rigid' pada sesuatu perkara, tiada sifat ta'asub pada jemaah tertentu dan 'natural' (bukan untuk golongan bertudung labuh bulat dan berserban sahaja)  Kena handle adik-adik 1st year untuk kembali selami maksud jatidiri sebagai seorang Muslim, Expose kan mereka kepada cara faham Islam dengan kaedah Tadabbur, tafakkur dan tazakkur. 


Melalui dunia nuqaba' ni, saya banyak belajar tentang hal ehwal time management dan proses tazkiyatun nafs dalam menunaikan amanah, Rasa ala-ala jadi pensyarah sekejap-- sebab kena ambil attendance students, buat course outline, prepare slides, prepare aktiviti menarik untuk students interested to attend the halaqah, terpaksa kejar students yang tak nampak batang hidung dari 1st day class (kena issue borang BARRED secara terpaksa), student datang merayu nak markah lulus, nak layan student bagi excuses yang macam-macam kenapa tak datang halaqah. Subhanallah. Nikmat sungguh walau sementara mengalaminya.


Tahun akhir sebagai pelajar, dah mula meng'expose' kan diri dengan kerja-kerja luar bidang belajar(jurusan Sejarah dan Tamadun). Berkhidmat dengan team public relation (PR) untuk sebuah stesen televisyen, belajar jadi orang tengah, jurucakap, juruaudit, jurutera, jurupandu.


Lepas tu join team research assistant (RA) bawah Graduateness Research Unit(GRU) office, follow researchers pergi seminar, pergi meeting, belajar buat transcription, fill up details guna microsoft excel yg super serabut, semak feedback participants. Masa ni rasa sangat-sangat bernyawa sebab dah jumpa bidang yang serasi dengan diri. Saya terlalu mengagumi dunia penyelidikan dan pengkajian.


Semester akhir, Allah izinkan saya menjadi seorang isteri kepada partner research saya. Dah habis contract sebagai research assistant tu, sambil-sambil tunggu hari konvokesyen, saya kerja sebagai seorang guru di sebuah private school di Bukit Antarabangsa dan continue kerja sehingga saya melahirkan anakanda sulung saya pada Februari 2013. Saya pause kerja sampai anakanda berumur 4 bulan (attach him to breastfeed) dan continue kerja sehingga dia berusia 8 bulan. Kendong dia pergi kerja seawal 7 pagi, memandu dari batu 7 Gombak ke Bukit antarabangsa dengan kesesakan macam ***** pagi-pagi buta.

Semasa mengajar, saya akan lari-lari bagi dia susu (betapa istiqamahnya saya dengan ilmu breastfeeding masa tu). Jadi saya pekakkan je telinga masa orang sekeliling mengata kenapa tak bagi botol je. Kenapa nak berpenat-penat kalau mampu beli formula milk. Only Allah knows how struggle myself to be the best mom for him, to give my utmost best effort to feed him with my own milk.. I bare it until Allah izinkan saya berhenti kerja dengan MUDAHnya kerana suami saya tak sanggup lagi nak tengok saya berpenat lelah sebegitu. Dalam masa yang sama, suami terpaksa di warded atas masalah kesihatan pada waktu itu dan itulah masanya( saat sangat susah, mudah emosi, rasa sempit segalanya)  yang Allah tentukan untuk saya berhenti dari menjadi seorang ibu yang bekerja.Nak toreh nafsu dunia dengan bisikan syaitan yang lakhanat tu untuk tinggalkan cinta dunia bukan mudah. Let the details of the stories remain unknown.

Being a full time housewife-- 'jobless' mom (kata orang)-- sudah semestinya pada zaman penuh fitnah ni, apabila kita berkeputusan untuk menjadi seorang ibu yang tidak bekerja akan menimbulkan kePELIKkan dan keHAIRANan kepada majoriti masyarakat Malaysia terutamanya jika kita bermastautin di kota kapitalis Kuala Lumpur ni. How should we response to this issue? YES, improve knowledge.  Me & my husband attended so many parenting conferences/workshop, read as much as we can about parenthood life, get as much supports as we could have in order to be a strong parent, defend ourself with a lot of du'aa to be steadfast with our decision, support each other with hikmah, talk to each other as often as we can, seek advise from the elders, hear various experiences from every nook and cranny,  seek more knowledge about the cause and effect of being a full time housewife and so on. Kami berusaha untuk menjadi hamba Allah yang beramal dengan ilmu atas segala keputusan yang kami putuskan. Kerana itulah, kami tidak cepat melatah bila di persoal tentang isu si ibu yang 'jobless' kerana segalanya di jawab bersama kehikmahan ilmu setakat yang kami tahu--takkan pernah cukup, dan kami akan sentiasa menambah baik dari semasa ke semasa.


Paling penting adalah untuk tidak membanding-bandingkan kehidupan orang lain dengan kehidupan diri sendiri. Setiap antara kita diuji berdasarkan tahap keimanan kita, kemampuan untuk kita terima ianya adalah ujian semata atau ia adalah jawapan bagi setiap patah doa yang kita pinta. 


Dengan ini, saya harap, segala perkongsian tentang pengalaman kerjaya-kerjaya saya sebelum matang usia dan selepasnya menjawab soalan-soalan tentang dari mana saya dapat pelbagai pengalaman kerja sedangkan kebanyakan dari sahabat-sahabat (golongan ibu khususnya) saya mengenali saya sebagai seorang yang 'jobless'.



Dari hal pertanyaan tentang dari mana saya tahu memasak, dari mana saya belajar against the norms, dari mana saya belajar berpandangan jauh, dari mana saya belajar untuk tidak memandang negatif tentang sesuatu keputusan yang saya buat, dari mana saya belajar untuk menerima kritikan, dari mana saya belajar tentang bermula dari bawah-- semuanya ada dalam titipan kisah pengalaman bekerja saya yang tak seberapa itu.


Cukup-cukup saja saya coretkan untuk saya sendiri rujuk tentang siapa diri saya yang sangat kerdil ini. Moga bermanfaat apa adanya. 



Sahabat yang saya hormati, Allah izinkan saya bekerja/berkerjaya sebelum saya dapat segulung ijazah yang kebanyakan dari kalian gunakan untuk mendapatkan pekerjaan setelah bergelar sebagai seorang graduan universiti. Allah pilih saya untuk itu--dan saya tahu ramai lagi sahabat saya yang 'jobless' macam saya ada cerita hidup mereka yang tersendiri kenapa mereka memilih untuk menjadi seorang ibu yang 'jobless' dari dunia kapitalis.


Jangan pernah mengalah untuk terus istiqamah atas jalan yang telah anda pilih. Janganlah menjadi sebahagian dari fitnah setelah Allah izinkan kita 'escape' dari menjadi sebahagian fitnah yang lain. 
Tenang dan tak melatah.Tajamkan pemikiran lalu duduklah di atas jalan pertengahan, wassatiy atas segalanya, ya'ani dengan-- tidak memandang negatif pada mana-mana keputusan yang kita atau teman-teman kita pilih untuk laksanakan. Jadi diri sendiri, jangan matikan prinsip diri. Tidak adil untuk kita memandang rendah tentang sesuatu keputusan/perihal yang kita tak tahu latar cerita awalannya. Tidak adil juga kita memandang enteng dengan sebuah 'status' kerjaya hanya kerana majoriti meNEGATIFkannya. 




Setiap dari kita berhak untuk menjadi berani dalam menentukan apa yang terbaik untuk diri sendiri. Jika anda yang membaca coretan ini adalah seorang ibu, saya juga seorang ibu. Kita tidak bermusuhan. Anda bekerja ke, tak breastfeed anak ke, tak bagi anak vaksin ke, surirumah yg berbisnes ke, seorang ibu yang tengah sibuk tulis thesis ke, ibu tunggal ke-- KITA ADALAH SEORANG IBU. KITA GENG! SEP LIMA JARI! :)


nokhtah terakhir. 


A 'jobless' Mom,
UmmuUmayr, September 8, 2015.





Thursday 3 September 2015

JATUH



Jatuh
Biar dia belajar ada tanah untuk dia tunduk dan rebah
Biar dia kenal rasa landai dan rendah
Kerana di situ dia perlu menjiwai kerdilnya dia sebagai Abdullah
Jatuh
Moga dia faham bukan selamanya dia harus begitu
Berani untuk bangun kembali kepada asal nawaitu
Mencapai impian yang bukan satu
Tapi beribu
Moga dia faham dan terima doa kecil si ibu




USIA



Andai ditakdir panjang hayatnya,
Izinkan aku
Memerhati dia jatuh dan bangun mengenal dunia,
Menemani dia berkejaran menuai saham ke syurga.
Andai ditakdir masa bersua masih lama,
Izinkan aku
Mendidik dan melihat dia bermudik mendidik,
Menumpang belajar ilmu baru yang tak sempat digodek.
Andai ditakdir sihat iman keduanya,
Izinkan aku
Mendengar alunan qurannya,
Menjadi makmum di belakangnya.
Andai ditakdir jasad masih gagah berusia,
Izinkan aku
Meneroka alam dengan kalam tangannya.
Mengimbau coretan muda beliaku bersamanya.






Andai ditakdir kudrat masih upaya,
Izinkan aku
Melihat dia fakir kejahilan kaya peradaban,
Mengingatkan dia letakkan dunia di telapak tangan.
Andai ditakdir dunia masih ada nyawa,
Izinkan aku
Membuktikan cinta padanya dengan tangan, lisan dan tindakan.
Membentuk hatinya mendahulukan cinta Tuhan diikuti cinta rasul junjungan.
Andai ditakdir mehnah dan ujian datang bertimpa,
Izinkan aku
Menelusi kebenaran menangkis kemungkaran,
Menghalusi jalan dakwah penuh hikmah bebas kebencian.

November 11, 2014

Tasik Biru.

PELURU MASA DEPAN



Jangan di biar jemu mengganggu,
Menggaru-garu buntu,
Angkat kaki melangkah,
tulislah...
Bermesralah dengan pena dan buku
Curahkan segala kurniaan idea yang melimpah ruah
Itulah peluru masa tua yang buat kita gagah bermaruah
Menulis untuk masa depanmu
Untuk rujukan generasi baharu
Untuk sebuah wasiat yang penuh ilmu
Untuk kita susun atur cerita yang patut diberitahu
Pada masa hadapan yang belum kita tahu dimana tempat dan waktu


Mac 7, 2014
Gombak.