Thursday 17 March 2016

Persekolahan yang samar

Sejujurnya, aku masih belum pasti bagaimana hala tuju pendidikan persekolahan yang akan dia tuju.

Belum pasti bukan kerana isu tidak percaya tentang ketelusan mana-mana sistem persekolahan di Malaysia ini.

Cuma aku masih istikharah-- menadah tangan untuk Allah berikan  sebaik-baik petunjuk  tentang ilmu duniawi yang patut dia tuntuti.
Bukan untuk pandai sekadar di atas kertas, bukan untuk dibangga jika ditakdir berada di atas, bukan juga berilmu untuk menjadi insan yang membidas kebenaran & menegak kebatilan.

B.u.k.a.n.


Mahunya aku,
Agar dia menggali ilmu untuk merendah diri kepada empunya-nya yang Al-Khabir,  Al-'Alim, Al-Hakim itu.

Agar dia memiliki ilmu itu untuk di manfaatkan kepada manusia lainnya-- mengikat kuat tauhid la ila ha illa Allah di dadanya.

Seperti resmi padi, makin tunduk, makin berisi. Semakin di isi semakin berat untuk meninggi diri, semakin kecil jasad diri yang diciptakan Al-Muhyi.

Masih banyak yang aku perlu tuntuti & pelajari agar keputusanku kelak dalam redha yang aku cari.

Masih terkapai-kapai bayangan yang aku lakarkan di hati agar tidak tergelincir pada sesuatu yang aku akan kesali.

Tuhan,
aku masih menadah & menunduk mencari yang terbaik untuk zuriatku ini.

Gagahi imanku untuk menjadi mu'allimah yang istiqamah buatnya.
Biar tidak berjawatan & berkerjaya, apatah lagi bergaji tinggi untuk membeli keperluannya,
aku mohon agar dia mengerti pengorbanan ini untuk mengisi ruang memori bahagianya dia-- membesar dalam dakapan kitab suara bondanya yang kerdil ini.

#ummumayrhomeschooling
#umayrplayandlearn
#puisiuntukzuriat

Monday 7 March 2016

Dilema

Sentiasa wujud dilema dalam diri seorang AKU --yang terlalu banyak keinginan yang mahu digapai dan dicapai.

Hampir 3 tahun terlalu fokus kepada hal ehwal keluarga--tak pernah AKU lupa ligat mencatat, melarat-larat, melihat-lihat segala titipan impian kerjaya yang AKU mahukan.

Namun,
bila setiap yang AKU gagal capaikan itu berlaku, ia mengembalikan AKU pada ayat Tuhan tentang perihal husnudzon, tentang DIA yang lebih mengetahui buruk baiknya; al-baqarah 216.

Begitu juga AKU selalu ditampari dengan hadith qudsi (HR Bukhari no.6970 dan Muslim no.2675) seperti yang tertera dalam gambar ini.

Setiap kekecewaan
.
Setiap ketidaksabaran
.
Setiap tangisan dan keluhan
.
Akan sentiasa ada pujukan yang menyedarkan AKU bahawa Tuhan mahu AKU terus bercerita panjang dengan-NYA.
B e r t e r u s a n.

Jangan berhenti berharap
.
Jangan berhenti berdoa

To become a SAHM tak pernah ada dalam kamus hidup seorang AKU.
Dan mereka yang mengenali AKU di sekolah atau kampus dulu tahu betapa AKU ini mahu jadi apa dan kemana hala tuju yang AKU cenderong untuk miliki dan kehendaki
.
Tak dapat nak rasa ada kawan sekerja, tak ada ruang pejabat yang berhawa dingin, tak boleh keluar merata-rata, tak ada kawan nak sembang masa tengah stress giler, tak sempat nak ikut jadual kehidupan yang normal, tak menentu masa tidur, tak ada pertambahan duit di akaun simpanan, dalam wallet selalu ada duit nak beli barang dapur je.
.

Tapi AKU ini siapa untuk suka-suka meLAYAKkan diri AKU lebih dari keputusan yang Tuhan dah tulis untuk AKU? AKU adalah isteri dan ibu sepenuhnya buat keluarga ini  sekarang. Maka itulah yang AKU akurkan untuk AKU lebih yakin bahawa Allah sedang menjawab jutaan doa yang AKU pohonkan--bahawa ini adalah latihan untuk kerjaya/cita-cita yang AKU akan capai setelah kedua anak ini dewasa kelak, bi iznillah
.
Yang AKU sangat syukuri-- punya suami yang amat memahami, yang amat bijak mengurus rezeki
.
Biar dipersoal sedalam-dalamnya oleh orang sekeliling bagaimana dia mengurus hal ehwal kewangan keluarga dengan bergantung HANYA pada jumlah gaji N41 sahaja, AKU teramat kagum bagaimana dia berjaya mengawal itu semua tanpa berkurang sedikitpun nafkah dia kepada AKU dan anak-anaknya
.

Pucuk pangkalnya ialah Qana'ah(sentiasa rasa cukup). Bagaimana AKU dan suami terapkan sejak awal perkahwinan dulu agar belajar menerima seadanya apa sahaja jenis rezeki yang Tuhan bagi. Rasa rezeki berkurang, lipat gandakan lagi dengan MEMBERI-- maka biarkan Allah yang menyelasaikan urusan selebihnya
.
Lalu apa lah yang AKU mahu keluhkan sangat tentang menjadi SAHM yang tidak berpendapatan tetap dan kebanyakan masanya di habiskan di rumah sahaja ..kan?
.
Satu hal lagi tentang si suami itu, dia selalu berkongsi telinga saat AKU rasa terlalu buntu untuk harungi cabaran sebagai seorang ibu. Selalu berlapang dada saat AKU meluah rasa bosan dengan rutin harian yang berulang-ulang dan tak berkesudahan
.
Lalu apalah yang AKU tidak sabarkan sangat untuk menunggu hari-hari kemudian itu (jika diizinkan Tuhan) hadir nanti?
.
Si suami selalu berkongsi cerita tentang pengalaman-pengalaman insan-insan yang berkongsi cerita dengannya tentang hal ehwal pengorbanan mereka dan pasangan dalam mencari rezeki & kerjaya. Antaranya pengalaman menjadi SAHM sehingga 6-7 tahun lalu sambung belajar & sekarang seorang pensyarah yang berjaya.
Ada yang pernah jadi house-husband sebab tak nak biarkan masa kecil anak-anak diisikan dengan pengalaman ditinggalkan
.
Begitu juga AKU yang selalu dihiburkan dengan blog-blog SAHM yang so supportive & creative
.
Maka apalah yang hendak AkU keluhkan berkenaan ujian menjadi SAHM ini. Akan tamat tempohnya. Akan rindu untuk kembali kepada saat-saat ini
.
See--Allah pasti akan kembalikan AKU kepada al-baqarah ayat 216 itu
.
Kita semua bahagia dengan cara tersendiri. Tak perlu sibuk nak bandingkan yang mana lebih membahagiakan, Tuhan telah tetapkan. Akan ada yang bahagia dengan berkerjaya di bangunan mewah, di ruang pejabat kecil, di sekolah, di universiti, di bawah panas mentari--dan AKU ini bangga untuk berkerjaya sebagai seorang suri kepada suami & ibu kepada 2 little munchkins (setakat ini)
.
Kata Tuhan yang alMujeeb wal qoreeb;
Syukur maka Aku tambahi,
Memberi maka Aku gandakan lagi,
Qana'ah maka kau akan rasa nikmat bersyukur dengan memberi.